Dunia

Unit Pertahanan Siber ATM Tangkis Cubaan Godam Sistem Keselamatan Negara : Malaysia





Gambar Hiasan



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tidak
menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, berkata ATM telah
mengambil beberapa langkah proaktif bagi menangkis cubaan berkenaan.

Dari tahun lepas lagi (ATM) bekerjasama rapat dengan negara tertentu
supaya maklumat rahsia berhubung aset ketenteraan kita, maklumat lain,
dapat kita pastikan tidak boleh diceroboh dan diserang mana-mana pihak,"
katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata
demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan kebocoran maklumat kapal
selam Scorpene yang turut dibeli Malaysia daripada syarikat pertahanan
DCNS Perancis.

Media Australia pada Khamis dipetik sebagai
melaporkan kebocoran maklumat dokumen sulit mengandungi 22,400 muka
surat yang mendedahkan secara terperinci kemampuan kapal selam Scorpene
yang dibina untuk Tentera Laut India.




Gambar Hiasan

Hishammuddin berkata ATM akan terus melakukan pemantauan rapi terhadap sebarang aktiviti berkenaan.
Terdahulu beliau merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.

 Menurutnya, tidak ada mana-mana negara di dunia hari ini terlepas daripada berdepan ancaman keselamatan siber, bahkan cabaran itu dilihat semakin kompleks dan mencabar.

“Ini kerana dunia siber adalah satu bentuk persekitaran tanpa sempadan, di mana komuniti terlibat tidak pernah mempunyai persempadanan khusus dan terkawal, malah sentiasa boleh diubah-ubah.

“Platform siber juga boleh digunakan semua pihak berkepentingan, sama ada individu, perkumpulan ataupun organisasi termasuklah mereka yang mempunyai unsur keganasan seperti Daesh,” katanya.

Justeru, beliau berkata, ancaman siber perlu ditangani dengan bijak dan berhati-hati memandangkan teknologi siber ini mudah dimiliki dan diperoleh pada harga murah.

“Teknologi siber juga mudah dibangunkan dan dikongsi bersama pihak lain menerusi talian dunia maya, perkumpulan dalam persekitaran siber berpotensi diadakan pada bila-bila masa dengan tujuan tertentu.

“Hal ehwal pertahanan negara yang sulit boleh dieksploitasi menerusi aktiviti serangan siber selain sumber dalaman mudah dieksploitasi dalam aktiviti serangan siber,” ujarnya.

-Sumber Enjin Pencarian-

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)