Beberapa tahun kemudian penulis sering dimomok kan bahawa LC135 adalah sebuah model yang banyak ragam dan memerlukan kos baik pulih yang tinggi namun setelah beberapa tahun pakai tidaklah seteruk mana pun.
Motosikal Yamaha boleh dikatakan jenama kegilaan ramai terutama dikalangan anak muda juga bapa budak, jika korang ingat ketika zaman RXZ sehingga 125z dan seangkatannya memang sungguh menakjubkan sehingga sekarang.
Dalam artikel ini kita nak ulaskan model Yamaha LC135 terutama isu coolant bocor atau coolant menitik di lantai. Sebelum itu ingin diingatkan sistem coolant ni sama sahaja cara kerjanya yang beza mungkin kedudukan host coolant dan thermostat haa lebih-lebih tu kita rujuk pada manual.
Mengikut pengalaman baru-baru ini terjadi permasalahan coolant menitik di lantai tapi setelah di Google ramai yang cerita berkaitan coolant bercampur minyak hitam dan hasilnya menjadi warna Teh susu dan ada juga menggunakan ayat Coffee Starbuck walau apa pun bunyi dia jom kita diagnosis dahulu.
Coolant Menitik Di Lantai
Ada beberapa bahagian yang perlu kita pastikan dahulu sebelum buat keputusan Top Overhaul, iaitu kita perlu tanggalkan cover set disebelah kanan dimana terletaknya thermostat dan cap radiator.
Setelah itu cuba perhatikan bahagian mana coolant tu mula mengalir dan akhirnya menitik di lantai. Berdasarkan pengalaman penulis boleh jadi coolant menitik di celahan gasket antara block dan head namun masih ada beberapa lokasi yang perlu korang lihat iaitu thermostat cover dan host yang terhubung.
Seterusnya menurut beberapa komen dari forum ada yang berpendapat dari cap radiator, jadi disini penting untuk korang lihat dari mana coolant yang bocor itu mengalir. Motosikal penulis pada mulanya kelihatan seperti dari celahan gasket block dan head jadi tanpa berlengah terus buat pembukaan untuk tukar lapisan gasket harga sekitar RM20 tidak termasuk upah tapi selesai pemasangan, coolant masih menitik di lantai dan kali ini ia terang-terang mengalir dari bahagian cover thermostat.
Jadi pemeriksaan pun dilanjutkan adakah mempunyai retak pada bahagian cover thermostat dengan mencabut host antara thermostat dan radiator sambil menghidupkan enjin. Hasilnya memang tiada tanda sebarang kebocoran dan punca sudah pun diketahui iaitu host antara thermostat dan radiator itu sudah pun tidak grip atau longgar dengan harga pertukaran cuma RM18 sahaja.
Coolant Bercampur Minyak Hitam Menjadi Teh Susu
Permasalahan ini kita boleh tahu ketika menukar minyak hitam lama, menurut beberapa pakar dalam forum ia adalah disebabkan kebocoran valve intake, piston ring bocor dan water pump tidak berfungsi.
Mengikut pengalaman sebelum ini pemeriksaan awal adalah water pump, ada yang memilih buka dan DIY semula dan ada terus tukar seketul 1 set. Penulis memilih tukar seketul 1 set sebab konfiden level tinggi sikit tapi jika permasalahan masih sama itu bermakna anda sudah boleh buka dan periksa piston ring dan valve ada tak ciri kebocoran paling mudah dan tidak membuang masa tukar je terus pomen pun tak pening.
Piston original standard Yamaha size 54mm RM80 manakala Piston ring RIK sekitar RM15-RM30 dan valve intake/exhaust sekitar RM60 satu set total 4 batang.
Sedikit nasihat yang selalu kita terlepas pandang, sila ganti minyak hitam mengikut jarak perjalanan ada yang ikut odometer dan ada juga mengikut hari tak kisah yang mana asalkan ganti bila tiba waktunya bagi mengelak kerosakkan kritikal dalaman enjin begitu juga coolant tidak semestinya kena tunggu kotor baru tukar.






Catat Ulasan