MDEC adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyokong industri digital bagi memberi peluang kerjaya kepada rakyat tempatan bagi menambah pendapatan atau cuba bertukar bidang kerjaya.
Malaysia dalam usaha untuk menerapkan industri ekonomi digital terhadap masyarakat supaya tiada lagi alasan ketiadaan pekerjaan. Apakah ekonomi digital? Salah satu industri digital adalah E-hailing dimana ia hampir sahaja menjadi inisiatif kepada perkhidmatan Teksi begitu juga penghantar makanan sedang aktif dijalan raya.
Diatas ini adalah sebahagian pekerjaan yang sedang menarik perhatian masyarakat yang ingin menjana pendapatan tambahan atau dijadikan sebagai pekerjaan tetap bagi menampung perbelanjaan. Tapi jangan risau kerana dalam arena ekonomi digital ini sebenarnya sangat luas dan mempunyai hampir ribuan peluang pekerjaan secara atas talian atau secara digital mengikut kemahiran yang kita ada.
Negara eropah paling ramai individu yang berkecimpung dalam pekerjaan freelancer kerana inginkan kebebasan masa tanpa perlu berhadapan dengan majikan setiap hari. Oleh kerana itu kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk memperkukuhkan ekonomi digital bagi memastikan masyarakat sentiasa mempunyai peluang pekerjaan tanpa perlu mengira tahap pendidikan (Janganlah sampai tak reti membaca dan mengira).
Kepada yang tidak mempunyai apa-apa seperti kereta/motosikal/komputer dan lain-lain, industri digital dan kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan pelbagai bantuan sewaan atau pembiayaan bagi memastikan tiada seorang yang tertinggal di belakang dan paling penting mereka haruslah bersungguh dalam pekerjaan tersebut.
Baru ini kerajaan bersetuju menyalurkan dana kepada MDEC bagi memperluaskan lagi pengetahuan digital kepada masyarakat supaya masing-masing dapat belajar cara menjana pendapatan terutama golongan wanita yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak.
Pengalaman penulis ketika menyertai program Glow Malaysia kerjasama MDEC selama beberapa hari berturut telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan mengenai pekerjaan digital bukan itu sahaja pihak penganjur juga telah menyediakan elaun bagi memastikan tiada seorang peserta yang terjejas pendapatan ketika menghadiri kelas latihan.
Diatas ini adalah beberapa pautan yang korang boleh daftar dan ikuti kelas latihan begitu juga terdapat senarai peluang pekerjaan mengikut kategori yang anda mahir.
Sebelum itu ada beberapa terma dan syarat bagi yang nak klaim elaun oleh program ini kata orang mana mungkin MDEC mudah-mudah nak bagi peserta elaun kan jadi sila lihat pautan gambaran diatas bagi syarat untuk layak mendapatkan elaun dari program GLOW.





Catat Ulasan