Dunia

Pemain Industri Teknologi e-Dompet Semakin Rancak Tapi Pengguna Semakin Pening

Suatu ketika dahulu e-dompet lebih terkenal dengan teknologi blockchain yang ada kait rapat dengan penggunaan matawang digital iaitu Bitcoin dan seangkatannya.



Namun setelah ditolak bulat-bulat oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu pelbagai industri berlumba membuat e-dompet sendiri dengan menawarkan pelbagai kelebihan terutama diskaun promo dan pulangan tunai bagi menggantikan teknologi blockchain wang kripto.


Ketika itu ramai dikalangan pengguna telefon pintar cuba mengikuti perkembangan semasa malangnya lama kelamaan kelebihan yang ditawarkan telah ditarik secara perlahan-perlahan sehingga beberapa jenama e-dompet menjadi semakin membosankan.



Cuba anda perhatikan gambaran diatas mampukah kita untuk deposit duit kedalam sistem mereka sedangkan tidak semua tempat menerima pembayaran e-dompet tambahan lagi kini terlalu banyak pemain industri e-wallet sehingga peniaga pening nak mendaftar yang mana satu.


Khabarnya peniaga akan dikenakan fee perkhidmatan beberapa peratus oleh jenama tertentu maka adakah ia berbaloi? Namun pada musim pandemik covid-19 teknologi ini sangatlah membantu tambahan lagi jika peniaga kecil atau penjaja turut menerima pembayaran e-dompet kerana tambah mengurangkan risiko jangkitan covid-19.


Cuma jika pemain industri e-dompet terlalu bebas membuat jenama masing-masing maka pengguna juga semakin pening untuk memilih meletakkan duit mereka di mana-mana jenama e-dompet.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)