Dunia

Ulasan : Filem Animasi Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal (2019)

Animasi Upin Ipin dibawakan oleh Les' Copaque Production semenjak tahun 2007 telah berjaya berdaya saing dari segi rekaan grafik yang tinggi setaraf animasi antarabangsa.



Penulis sebagai rakyat Malaysia cukup terpegun selepas menonton bahagian Keris Siamang Tunggal kerana mempunyai elemen yang cukup sempurna dan tidak membosankan kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Dikhabarkan jangka waktu untuk menyiapkan projek animasi ini memakan masa selama 3 tahun dengan pelbagai siri kisah dongeng mitos dalam satu masa.



Dalam filem animasi ini juga terselitnya watak orang dulu-dulu yang mungkin sahaja pernah diceritakan kepada kita semasa kecil melalui filem hitam putih zaman P.Ramlie dahulu tapi tanpa sokongan dari kerajaan iaitu MDEC dan MCMC mana mungkin ia dapat dijayakan kerana sudah pasti memerlukan kos pengurusan yang tinggi.


Watak dan filem yang diselitkan adalah Raja Bersiong, Bawang Merah Bawang Putih, Si Tanggang dan Nujum Pak Belalang. Walaupun kisahnya ada sedikit sebanyak ubah mengikut era baharu pada penulis ia tetap menarik untuk di tonton oleh pelbagai lapisan umur tambahan lagi animasi ini mempunyai gambaran imiginasi yang sungguh luar biasa seakan-akan kita berada di dunia yang jauh berbeza.


Watak yang berada didalam animasi ini turut menarik kerana dikenakan dengan pemakaian orang Melayu dulu-dulu iaitu bertanjak dan berkait dengan perjalanan keris sakti kepunyaan raja.


Akhir sekali Les' Copaque Production sempat memberi hint bahawa akan ada sambungan animasi baru yang diberi tajuk 'Puteri'. Bila tarikh tayangan sama-sama la kita nantikan penulis harap jalan ceritanya lebih baik dari sekarang.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)