Dunia

Kecoh !! Foodpanda Malaysia Lewat Membayar Vendor Mereka

Siapa yang tidak kenal dengan jenama satu ini iaitu Foodpanda logo yang sering berlegar di atas jalanraya menjalankan tugasan penghantaran makanan dan terbaru adalah barangan runcit kepada pelangan.



Jenama ini juga telah berjaya menaja program hiburan TV dan menaikkan papan iklan hampir diseluruh kawasan stratergi. Malangnya baru-baru ini kecoh dimana ada tular sebuah video dan ruangan komen media sosial menampakkan beberapa vendor saling berkongsi permasalahan yang sama iaitu pembayaran lewat dari foodpanda.


Kepada yang masih belum tahu atau ingin tahu jenis perniagaan digital seperti ini, cerita dia lebih kurang begini foodpanda adalah syarikat penghantar yang menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar makanan yang ditempah oleh pelangan atas talian.



Permulaan perniagaan sebegini foodpanda haruslah membuat pasukan Business Development terdahulu supaya mereka yang bekerja dalam department ini haruslah berjalan-jalan dikawasan startergi iaitu kawasan peniaga-peniaga restoran untuk memperkenalkan jenis perkhidmatan digital ini.



Ada pemilik anggap perkhidmatan ini adalah sangat berbaloi dan mampu menaikkan penjualan kerana pelangan boleh menempah makanan melalui atas talian sekaligus rider syarikat akan datang untuk pickup makanan tanpa menyusahkan pihak restoran untuk melakukan penghantaran.


Pendaftaran pertama bagi vendor contoh foodpanda mungkin tidak akan mengenakan sebarang yuran perkhidmatan maklumlah nak bagi bakal vendor mereka tersenyum dahulu. Tapi lama kelamaan vendor haruslah menaikkan harga makanan khas untuk tempahan atas talian tujuan untuk tampung kos yuran perkhidmatan syarikat penghantar.



Tapi yang membuatkan isu jenama ini menjadi panas bilamana pihak foodpanda lewat melunaskan pembayaran kepada vendor mereka sehingga ada yang beritahu hampir berminggu-minggu menunggu tetap tidak dapat pembayaran. Sebagai pemilik restoran mereka juga memerlukan pusingan kos operasi membeli bahan-bahan dapur tapi kalau pihak syarikat penghantar gagal memasukkan duit jualan mereka mana mungkin vendor dapat meneruskan operasinya.


Penulis ada terbaca komen sekumpulan vendor dan beberapa video rungutan, jika melihat situasi dan raut wajah masing-masing mungkin kita akan faham betapa susahnya mereka untuk bertahan jika hasil jualan mereka masih sangkut di sistem foodpanda.


Food Panda Boycott campaign Start #bycottfoodpanda #saynotofoodpanda foodpanda foodpanda riders FoodPanda Voucher #bycotfoodpanda #foodpandapakistan

Posted by Bycot Foodpanda on Rabu, 9 Disember 2020

Kini sudah ada pelbagai spekulasi yang timbul di media sosial, tapi penulis tak nak memarakkan lagi api kemarahan mangsa yang terlibat kerana setiap sudut memerlukan bermaksud dari sudut rider foodpanda pun semestinya memerlukan vendor begitu juga disebaliknya jika tidak mana mungkin projek ini dapat dijayakan namun tidak mustahil sesebuah jenama akan hilang di telan zaman.


Tidak kurang dari permasalahan di Malaysia negara luar juga mengalami isu sama dari rakan penghantar hingga ke vendor salah satunya dari negara Pakistan dengarnya mereka sedang melakukan kempen begitu juga di negara yang terkait dengan isu foodpanda cuma hanya di Malaysia susah nak bersatu kerana masing-masing menggunakan slogan ' dapur tidak berasap wei! '.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)