Mungkinkah harga Bitcoin mampu menjangkau sehingga MYR100,000 pada akhir tahun 2020? Sama-sama kita nantikan.
Suatu ketika dahulu penulis sering mengikuti pasaran wang kripto dari tiada nilai sehingga ia mempunyai nilai yang tidak kita jangkakan namun terhenti mengikuti perkembangan semasa setelah mempunyai beberapa gangguan kerajaan tempatan dan negara seluruh dunia.
Tapi apa yang terjadi sekarang tiada sesiapa mampu mengawal harga wang kripto terus naik mahupun terus turun atau selama mana ia mempunyai permintaan yang tinggi dari seluruh lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Kepada yang baru nak mengenali harap anda tidak mudah menyertai mana-mana skim cepat kaya yang ada sangkut paut dengan wang kripto sebabnya ketika inilah pengasas program scam sedang berbincang dan meneliti setiap rancangan mereka untuk menipu para peserta dan pelabur yang ingin cepat kaya.
Ketika dahulu ada beberapa program berkait dengan wang kripto telah tumbuh seperti cendawan dan berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melabur ke dalam skim mereka dan apabila harga pasaran menjunam secara mengejut program-program ini akan hilang dan lenyap begitu sahaja.



Catat Ulasan