Kereta yang sudah mencapai usia 3-5 tahun semestinya akan mula timbul pelbagai permasalahan kurang selesa dan sebagai pengguna haruslah mempunyai sedikit pengetahuan tentang automotif.
Isu stereng senget ini boleh dikatakan akan berlaku pada seluruh jenis kenderaan tidak kita murah mahupun mahal bergantung pada tahap penggunaan.
Sebelum itu kita kena tahu bahawa stereng berhubung dengan bahagian tayar hadapan termasuk suspension tapi lebih tepat dan mudah faham ia dikenali sebagai absorber dan mounting.
Pengguna yang kurang faham pasti akan membazirkan duit untuk melakukan proses alignment dan balancing tayar tapi sebenarnya ini bukanlah jalan penyelesaian kerana anda akan tetap merasai stereng senget sebelah tambahan lagi jika membawa penumpang disebelah.
Secara ringkas jika anda sudah merasakan stereng senget ketika memandu perkara pertama periksa dahulu sistem absorber adakah ia berfungsi dengan baik atau ada sebarang kebocoran minyak. Jika tidak ada kebocoran ia sangatlah bagus kerana sudah dapat pergi pemeriksaan seterusnya dengan cara menukar kedua-dua mounting absorber dan front stabilizer link digalakkan menggunakan barang original atas alasan memiliki ketahanan yang berpanjangan.
Selepas tukar spareparts seperti diatas anda haruslah melakukan proses alignment dan balancing semula. Walaubagaimana pun adakala permasalahan stereng senget ni berpunca pada tahap skor jalanraya di Negara masing-masing. Sebagai contoh kita seringkali gagal elak jalan berlubang atau tidak rata dan menjadikan suspension kita terkejut dan hayat menjadi pendek.
Selepas ini harap pengguna jalanraya semakin prihatin terhadap jalan yang rosak, jika terjumpa jalan rosak harap buatlah aduan dengan pihak berkuasa serta merta kerana dengan usaha yang sedikit kita mampu menjaga kewangan pengguna lain.



Catat Ulasan