Laksa lemak kelantan kuahnya warna putih berbanding dengan laksa penang tapi dalam artikel ini kita kongsikan cara penyedian laksa lemak versi pantai timur.
Di Kelantan, jamuan laksa biasanya akan menyajikan laksa lemak sebagai hidangan utama berbanding laksa Penang namun semuanya bergantung pada keinginan masing-masing. Laksam pula disediakan dalam kuantiti yang sedikit khas bagi mereka yang tidak gemar laksa.
Saya gunakan laksa segera supaya jimat masa dan hanya perlu sediakan kuahnya sahaja. Masakan kuah lemak resepi tersendiri ini bahan-bahannya sangatlah mudah dan ringkas. Orang kata ikut anak tekak masing-masing la kan Anak-anak pun boleh makan sebab kuahnya tidak pedas ini kerana kita sudah asingkan sambal cili merah.
Berikut saya kongsikan resipi cara buat laksa lemak
Bahan-bahan
Laksa Segera
Bahan-bahan Kuah
- Ikan kembong - 4-5 ekor (Direbus ambil isi sahaja dan kisar)
- Santan (2 bungkus @ RM1.50/bungkus)
- Bawang besar dan bawang putih - 3 ulas (Dikisar dengan sedikit air)
- Air rebusan ikan
- Lada hitam - 2 sudu (Ditumbuk)
- Asam keping
- Daun kesum
- Garam
- Serbuk perasa
Campur kesemua bahan dan masak (cara masak sama seperti laksa biasa)
Bahan-bahan hiasan (ulam-ulaman)
- Kacang Panjang
- Timun
- Bunga kantan
- Tauge ( x perlu celur )
- Belacan
Sambal merah
- Cili padi (kisar halus atau tumbuk
- Garam
Cara Penyediaan Laksa
1. Ikan dicuci bersih,masukkan ke dalam periuk (air sama paras ikan) rebus sampai ikan masak.
2. Asingkan isi ikan dari tulang. Air rebusan jangan dibuang. Akan digunakan utk kuah nanti.
3. Satukan bawang besar, bawang merah, bawang putih, isi ikan ke dalam pengisar serta masukkan sedikit air rebusan dalam agar senang untuk kisaran.
4. Masukkan bahan kisar dalam periuk yang ada santan tadi dan masukkan baki air rebusan ikan kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus, asam keping, garam dan gula (saya x letak Gula sebab dah rasa manis ikan)
5. Masak dengan api sederhana sampai mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau semoga tidak pecah minyak)
6. Kuah dah siap boleh hidang bersama laksa dan ulam-ulaman.
Selamat mencuba



Catat Ulasan