Dunia

China Berjaya Mengatasi Kuasa Ekonomi Terbesar Dunia Amerika Syarikat - Berita Dunia





Buat pertama kali dalam sejarah, China mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia. Sebagai makluman, China merupakan negara pengeluar pertama dunia, satu-satunya negara yang pernah mengatasi AS dalam sektor tersebut pada tahun 2010. Paling menakjubkan, pertumbuhan sektor pembuatan dan perkilangan China melonjak untuk berada di kedudukan teratas berbanding AS, Jepun, Jerman, dan Itali. Perkara itu antara lain disumbangkan kos pembuatan yang rendah dan sumber manusia mudah diperoleh pada harga yang murah.

Melihatkan perkembangan ekonomi China yang pesat serta ramalan oleh majalah Economist yang menyatakan negara komunis itu bakal menjadi kuasa besar ekonomi dunia menjelang tahun 2018, AS sebagai negara berpengaruh sudah pastinya gusar dengan situasi tersebut.

AS bimbang, China akan dipandang sebagai Big Brother di rantau Asia,
sekali gus boleh menggugat kebergantungan negara-negara Asia
terhadapnya, terutama dalam hal perdagangan serantau, ketenteraan, dan
politik. Oleh sebab itu, AS di bawah pentadbiran Presiden, Barack Obama
segera mengatur percaturan bagi "mengimbangi" pengaruh China di
Asia/ASEAN iaitu mewujudkan dasar Pivot to Asia.

Dalam tidak
sedar sebenarnya, keadaan itu sudah lama berlaku dan meletakkan AS dalam
keadaan berbahaya dan terdedah kepada ancaman ekonomi memandangkan AS
lemah dalam sektor pembuatan, sebaliknya bergantung kepada sektor
import.





Perang ekonomi China-AS juga tidak terhenti di situ. Setiap tahun, berbilion dolar akan "meninggalkan AS" untuk "memasuki" China. Perpindahan kekayaan yang besar itu mengakibatkan kesan dramatik kepada kedua-dua negara. Ekonomi China melonjak, sementara AS mengalami kerugian.

Disebabkan keadaan itu, AS mengalami defisit yang besar. Bagi mengimbangi defisit, China meminjamkan lebih AS$1 trilion (RM4.40 trilion) kepada AS, dan kesempatan itu digunakan China untuk "mendiamkan" AS serta "mencuri" kekayaan yang lebih banyak daripada China.




Dengan cara itu, China secara senyap mula membeli perniagaan dan hartanah di AS, yang menjadikan negara itu bertambah kaya. Menurut Institut Polisi Ekonomi (EPI), sebanyak 500,000 rakyat AS hilang pekerjaan dan digantikan warganegara China setiap tahun. Sehubungan itu, ketika ekonomi AS semakin menyusut, China pula semakin kaya.

Yang pasti, perang ekonomi China-AS masih berterusan. China mahu mata wangnya menjadi mata wang utama dunia, sementara AS mahu meneruskan pengaruh sebagai negara ekonomi pertama dunia.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)