Dunia

5 Peluang Kerja Dari Rumah, Ada Ke?








Bekerja dari rumah ini sesuai untuk golongan wanita yang berstatus Isteri, tapi ia bukanlah hanya untuk wanita sahaja sesuai juga untuk lelaki dan tidak semudah yang anda fikirkan. kerana anda harus faham apa itu kerja dari rumah contoh kita lihat ada kalangan wanita membantu ekonomi keluarga dengan menjual kuih, kek coklat atau paling biasa kita lihat adalah menjual nasi lemak.


Pada zaman serba canggih ini, ada diantara mereka yang cerdik dan menjadikan Internet sebagai kaedah pemasaran produk dan servis atau tempat mencari pelbagai peluang yang menawarkan kerja dari rumah mahupun mencari prospek. Tapi, dalam banyak-banyak peluang yang ada di internet anda haruslah tapis dan siasat dahulu sebelum terjadi apa-apa yang diluar jangkaan seperti penipuan internet.


Tahun lalu sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.


Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12. Kepada anda yang ingin menjual barangan secara atas talian dikehendaki untuk membuat pendaftaran SSM terdahulu.




5 Pekerjaan dari rumah yang harus anda cuba.


#1 - Data Entry


Ia lebih kepada memasukkan data kedalam sistem yang melibatkan telekomunikasi, insuran, subjek pelajaran.


#2 - Pereka grafik


Grafik ini memerlukan kretiviti anda, walaupun anda tidak pergi sekolah grafik. Dengan hanya membekalkan minat dan kerajinan anda juga mampu menghasikan grafik yang unik dan disukai pelangan.


#3 - Penulis


Ini juga memerlukan idea yang berkualiti dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa, jika anda seorang yang suka tentang kecantikkan. Boleh tulis beberapa tips untuk mencantikkan diri. 
Jika meminati kisah percintaan atau mempunyai kisah sendiri yang menarik untuk dikongsi boleh juga cuba menghasilkan sebuah novel senang cerita pelbagai kategori yang anda boleh ceburi asalkan mempunyai minat dan kerajinan yang tinggi.


Ramai juga blog-blog yang berdaftar memerlukan penulis yang berkualiti tapi haruslah anda sediakan payung sebelum dibasahi hujan untuk mengelak dari tertipu.


#4 - Berniaga Atas Talian


Sebelum anda menjual apa-apa haruslah anda pastikan barangan jenis apakah, kalau jenis produk makanan haruslah pastikan ada HALAL dan pendaftaran MAL dari KKM. 
Kalau produk anda adalah kategori kain seperti tudung, pastikan anda mendaftar syarikat di SSM untuk mengelak dikenakan sebarang tindakan dari kerajaan Malaysia. 


#5 - Menjual Simkad


Zaman Sudah Berubah…


Dulu pakai telefon kena bayar topup, sekarang pakai handphone kita pula dapat duit. Bukan bisnes topup. Ini referral program, bisnes simkad buat kerja sekali, dapat komisyen berkali-kali selagi orang tu topup dan mereka tak topup dengan kita, mereka topup di tempat biasa untuk topup.

ToneGroup - Onexox






Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)