Dunia

Khalifah Band Telah Mengeluarkan Jenama Produk Mereka "Khilafah"





Siapa tidak kenal dengan kumpulan Khalifah dari malaysia yang pernah memenangi AJL - 31 pada tahun 2016 dalam kategori persembahan terbaik dengan lagu "Hang Pi Mana" . Kumpulan Khalifah telah ditubuhkan pada tahun 2006 setelah penyanyi asal kumpulan tersebut iaitu Yabang dan gitaris Harry yang pernah mencipta lagu “Kasihnya Laila”, telah mengundur diri dari kumpulan Jinbara akibat ketidaksefahaman di antara mereka.

Ahli yang membentuk kumpulan Khalifah ketika itu adalah Yabang selaku ketua kumpulan dan vokalis utama yang menerajui kumpulan tersebut, Harry yang merupakan gitaris, manakala Moy dijadikan pemain bass dan Tony sebagai pemain drum.

Penyanyinya, Yabang berkemampuan untuk berqhasidah telah membawa kemahirannya mengawal suara bagi mengalunkan lagu seperti Kasihnya Laila. Khalifah merupakan satu kumpulan yang lain dari lain dimana mereka boleh membawa pelbagai rentak lagu.

Sungguhpun sudah lima tahun Yabang mengundur diri daripada Jinbara dan menubuhkan kumpulan Khalifah, masih ramai pihak yang mengaitkannya dengan kumpulan itu.

Pada bulan Mac 2016, mereka telah muncul dengan single terbaru bertajuk "Hang Pi Mana" hasil ciptaan Harry dan Yabang sendiri. Lagu "Hang Pi Mana aku nak balik rumah" telah membangunkan semula nama Khalifah dimata umum. Lagu tersebut juga telah diterima baik oleh pendengar dan sering dimainkan di radio dan juga media sosial.

Empat bulan selepas single "Hang Pi Mana" dikeluarkan mereka telah mengeluarkan single terbaru yang bertajuk "Assalamualaikum Ustazah".



Yang terbaru kumpulan mereka telah mengeluarkan jenama produk "Khilafah" untuk mempromosi produk keluaran mereka seperti minyak wangian , tshirt , sabun mandian , pencuci muka dan mungkin akan dipelbagai lagi dimasa akan datang.

Artis menjadi duta sesuatu produk sudah menjadi trending di pasaran jadi tidak hairan jika ada artis yang mengeluarkan jenama produk sendiri. Laman web rasmi adalah "Mykhalifah2u" kelihatan juga masih dalam keadaan (beta) percubaan.





Mykhalifah2u juga membuat program dropship, dimana anda kena membuat pendaftaran melalui laman web mereka. Produk yang popular setakat ini adalah minyak wangian dengan harga RM55 sebotol(30ml) bau dia memang ummpprhh! .




Jangan tunggu lagi jika nak buat pembelian boleh terus hubungi penulis atau tertera di laman sesawang mereka di talian +60183700207 .

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)