Tahniah buat Tone Group kerana telah sedaya upaya menambah baik struktur perniagaan dalam masa 7 tahun lamanya. Sedikit pengenalan , Tone Group telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan mempunyai dua anak syarikat yang aktif menjalankan program penjualan simkad dibawah naungan Tone Group iaitu Tone Excel (2010) / Tone Plus (2012) .
Dengan penuh harapan, Tone Group telah memulakan syarikat ini pada tahun 2009 untuk memberi servis yang unik dalam industri telekomunikasi. Sasaran syarikat adalah untuk memberi perkhidmatan telekomunikasi yang teguh dan mesra pengguna dengan harga yang berpatutan.
Bersama Tune Talk, syarikat Tone Group telah menggabungkan kepakaran dari bidang insuran, servis kewangan dan rangkaian pemasaran bagi mengukuhkan lagi model perniagaan yang membolehkan pengguna untuk mencapai kestabilan kewangan iaitu menerima komisen dari setiap jualan simkad yang dilakukan.
Tone Group Sdn Bhd (Tone Group) adalah syarikat induk kepada 2 anak syarikat pengendali program iaitu Tone Excel Sdn Bhd (Tone Excel) dan Tone Plus Sdn Bhd (Tone Plus).
Pemegang saham dan Lembaga Pengarah ketiga-tiga syarikat ini adalah sama iaitu Mr. Robert Chew, Mr Vincent Oh, Datuk Syed Kamaruzaman (Chairman), Mr Neilson Tong (CEO), Ms Lina Chew dan Mr Teh Bak Sim.
Misi -
Misi kami adalah untuk menaik taraf pelan telefon mudah alih biasa menjadi sesuatu yang boleh membawa keuntungan kepada semua ahli kami.
Visi -
Kami berharap untuk mencapai semua pengguna telefon mudah alih untuk menawarkan peluang menjana pendapatan pasif, dengan harapan kebebasan kewangan dapat dicapai oleh semua dimana saja anda berada.
Tone Excel & Tone Plus telah di anugerahkan lesen Application Service Provider (ASP) dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Klik sini untuk menyemak senarai pemegang lesen dari SKMM.
Siapa Tunetalk ? Mari kita lihat satu persatu kumpulan dibawah naungan Tune Group . Tone Group dikuasakan oleh Tunetalk juga menggunakan perkhidmatan Celcom oleh kerana mempunyai sejumlah besar saham syarikat iaitu sebanyak .
Tone Excel & Tone Plus menawarkan perniagaan kepada pengguna telefon bimbit untuk melakukan jualan dan dari hasil jualan simkad itu pengguna akan menerima komisen dari syarikat selagi mana simkad yang dijual itu masih aktif.
Jumlah komisen juga akan diberi setinggi 26% mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua anak syarikat Tone Group dimana masing- masing mempunyai plan pemasaran yang berlainan.
Pada 12 April 2017, Tone Group telah mengumumkan dimana program-program yang dijalankan dibawahnya adalah mengikut syariah dengan melantik Amanie Advisors Sdn Bhd bagi dalam proses semakan syariah dan pensijilan pematuhan syariah .
Lebih kurang 6 bulan proses semakan Syariah hujung ke hujung telah dilakukan oleh Amanie Advisors yang merangkumi, di antaranya, kajian dan pemerhatian pasaran, analisa ke atas struktur perniagaan, dokumentasi dan perakaunan serta maklumbalas pakar-pakar Syariah dan juga pengurusan mahupun ahli Tone Group sendiri.
Hasil daripada proses yang dilakukan, Amanie Advisors telah mencadangkan penambahbaikan kepada Tone Group bagi memastikan keseluruhan aspek program-program tersebut memenuhi kehendak dan piawaian Syariah.
Tone Excel
Statement Penuh . . . .
Nota Kaki :
Rebutlah peluang ini , kerana ia adalah perniagaan yang mudah lagi kurang risiko tanpa memerlukan pelaburan yang mencecah ribuan ringgit.








Catat Ulasan