Dunia

Losyen Sapuan Minyak Pegaga C'Tella Keluaran Centella Selatan Sesuai Kegunaan Seisi Keluarga


Rumusan Khas Yang Berkualiti

Losyen sapuan pegaga keluaran C'Tella dirumuskan khas dengan ekstrak pegaga yang lebih tinggi. Khasiat pegaga yang pelbagai sememangnya diketahui umum dan mempunyai manfaat khusus untuk ibu bersalin kerana dengan ulam-ulaman seperti pegaga sahaja sudah mampu memberi zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuk A, C dan E serta bersifat antioksida juga kaya dengan serat.

Sesuai untuk mereka yang menjalani kehidupan yang aktif setiap hari, losyen sapuan pegaga ini juga boleh disapu nipis pada tempat-tempat bermasalah seperti perut, lengan, pinggul, peha dan lain-lain kawasan yang dirasakan sesuai kecuali kawasan luka. Kesan panas dari sapuan losyen tersebut tidak akan dirasai serta merta tetapi akan dirasai perlahan-lahan rasa hangat yang berpanjangan dan mempunyai bau yang wangi bergantung juga pada keselesaan deria bau pengguna , justeru menambahkan keselesaan pada pengguna semasa melakukan aktiviti seharian.

Telah menjadi identiti losyen keluaran syarikat Centella Selatan (C'Tella), losyen sapuan pegaga juga tidak melekit dan cepat menyerap tanpa meninggalkan kesan minyak. Sesuai dengan nama yang diberi, losyen ini juga tidak terlalu panas dan amat sesuai untuk digunakan pada kanak-kanak.




Losyen Sapuan Pegaga C'Tella


Produk ini juga adalah keluaran usahawan bumiputra beralamat di johor kota tinggi dan beliau juga adalah salah seorang wanita yang mempunyai keazaman tinggi lagi kuat mentalnya. Siti Fatanah Abu Tahir adalah pengasas produk C'Tella juga telah memulakan kertas kerjanya semenjak oktober 2015 dan dengan usaha gigih beliau akhirnya pengasasnya melancarkan jenama dan produknya pada november 2016 hingga sekarang.

Khabar angin C'Tella sedang menyusun atur startergi pemasarannya dengan merancang untuk melancarkan beberapa lagi produk baharu keluaran mereka dalam masa yang terdekat, harga losyen sapuan minyak pegaga ini cuma sekitar RM18 sahaja tidak termasuk kos penghantaran, apakah produk terbaru mereka nantikan di artikel akan datang bilamana produk baharu mereka sudah memasuki pasaran.

Penulis sudah mempunyai satu , setelah dicuba pakai memang nyaman paling seronok kalau ketika diserang serangga nyamuk perghh sapu-sapu tidak lama bengkak gatal terus hilang. Anda juga perlu mendapatkan produk sapuan pegaga ini kerana ia memang terbaik.

Untuk sebarang pertanyaan korang jangan pula tanya aku , ini haaa penulis letakkan pautan untuk berhubung terus kepada pengeluar, manalah tahu ada daripada anda ingin menjadi pengedar C'Tella haa memang sesuai sangat. Ini nota kaki dari penulis untuk kaum lelaki , oleh kerana pengasas adalah dari golongan kaum wanita jangan pula korang duk sibuk jual minyak wangi yaa sebab memang tak kan di layan sama sekali. . . ahcewah!




Siti Fatanah Abu Tahir ( C'Tella )





Facebook:-
https://web.facebook.com/centella2selatan

Instagram:-
https://www.instagram.com/centella_asiatica_herbaltea/

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)