Dunia

Atas Masalah Gangguan Perkhidmatan, Singtel Didenda $500.000

Singtel didenda $500,000 atas gangguan khidmat pada gentian jalur lebarnya yang berlarutan selama 24 jam bermula 3 Disember tahun lalu.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan bahawa insiden itu menjejas hampir 90 peratus pelanggan khidmat gentian jalur lebar Singtel. Akses bagi khidmat itu pulih semula secara bertahap-tahap semasa berlakunya insiden tersebut.

Siasatan IMDA menunjukkan bahawa gangguan khidmat Singtel itu disebabkan oleh kerja-kerja penyenggaraan yang dirancang SingNet bagi pelayan atau server DHCP. Aktiviti penyenggaraan yang dijalankan untuk memasang elemen-elemen keselamatan, memuatkan server DHCP, menyebabkan
permintaan para pelanggan bagi alamat Protokol Internet (IP) tidak dapat diproses.

Akibatnya, pelanggan yang terjejas tidak dapat mengakses Internet, menurut IMDA.

Menurut IMDA lagi, walaupun puncanya adalah kerja-kerja penyenggaraan itu, siasatan menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda amaran yang membawa kepada insiden tersebut.

"Khususnya, kadar penggunaan serverr DHCP SingNet telah meningkat secara bertahap-tahap dan berfungsi pada paras 80 peratus hingga 90 peratus sebelum insiden itu," menurut kenyataan tersebut. "SingNet gagal mengambil tindakan segera untuk menangani tahap penggunaan yang tinggi sebelum kejadian itu.

"Memandangkan tahap penggunaan tinggi, SingNet sepatutnya melakukan usaha yang lebih baik dan berhati-hati apabila merancang pemasangan elemen keselamatan bagi DHCPnya untuk mengelakkan insiden sedemikian."

IMDA turut menyatakan ia sedang menyiasat punca gangguan dan juga langkah pemulihan perkhidmatan telko tersebut.

Jika telco di malaysia, masing-masing sudah bermaharaja sebab kalau pelangan buat aduan pun perkara masih tidak akan selesai terutama pemasangan pencawang di kawasan tepi bandar yang kurang memuaskan.

Rujukan- MediaCorp

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)