Dunia

Facebook Melancarkan Pembayaran Digital Di United Kingdom

Facebook telah melancarkan perkhidmatan pembayaran individu di UK, ia turut kelihatan untuk memperluaskan lagi rangkaian sosial ke dalam perkhidmatan kewangan dan sekaligus memudahkan pengguna diatas talian.

Pengguna boleh melakukan pemindahan duit sehingga £ 2,500 dalam satu transaksi dan maksima £ 10,000 dalam 30 hari.

David Marcus, ketua Facebook Messenger, berkata syarikat itu tidak membuat apa-apa wang daripada pembayaran, dan syarikat itu sebenarnya mempunyai kos yang kecil untuk setiap transaksi. "Kami melakukan ini kerana kami mahu meningkatkan penggunaan aplikasi messenger," katanya.

Marcus menambah lagi bahawa Facebook tidak akan menggunakan data kad debit atau sebarang maklumat lain daripada pembayaran pengguna untuk diguna pakai untuk iklan.

Setiap pembayaran dilindungi oleh PIN untuk mengelakkan penipuan dan syarikat itu mengatakan ia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkhidmatan di Amerika Syarikat.

Kerana ini hanyalah salah satu inovasi terbaru untuk pengguna facebook messenger harus manfaatkan di UK.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)