Dunia

Lelaki 28 Tahun Ini Jutawan Dengan Hanya Membeli Barangan Di Pasaraya

Nampaknya terlalu mudah untuk angan-angan menjadi kenyataan bahawa anda boleh membuat duit berjuta-juta dengan manfaatkan harga promosi di pasaraya kemudian menjualkan kembali melalui atas talian seperti Amazon, Lazada, Shopee maka itulah yang dilakukan oleh Ryan Grant, 28 tahun yang berasal dari US.

Hanya empat tahun selepas berhenti kerja perakaunannya di Minneapolis, Minn. Beliau mendapat buah fikiran untuk menjadi peniaga atas talian sepenuh masa sehingga mencapai enam angka keuntungan dalam setahun.

"Cukup awal saya menyedari bahawa saya tidak berada di landasan kerjaya yang saya mahu lakukan," katanya kepada pemberita. "Pengalaman itu benar-benar membuat saya mencari pilihan lain dan saya mula meneroka kepada pekerjaan yang lebih baik.

Sebagai pelajar di Universiti Winona State, beliau membeli buku teks di kampus dua kali setahun ketika pesta buku lalu beliau menyenaraikan buku-buku yang dibeli itu kedalam Amazon untuk dijual dan dihantar kepada pelanggan hampir di seluruh negara sehingga mencapai keuntungan $ 10,000 dalam masa setahun.

Hanya menggunakan aplikasi Amazon, dia dapat lihat berapa keuntungan setiap jualan dia dan melalui proses itu selama satu satu tahun.

Dan, apabila buku Grant semakin tidak dipenuhi dengan pekerjaan perakaunannya, ia mendapat buah fikiran untuk pergi lebih jauh dari jualan buku text.

Dan apa yang dia lihat adalah barangan promosi di setiap pasaraya, beliau memulakan pembelian barangan keperluan dengan harga promosi lalu dijualkan kembali melalui atas talian dengan mengaut sedikit keuntungan ibarat mengupah beliau untuk ke pasaraya dan menghantar barangan itu ke depan rumah pelangan.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)