Dunia

Pelombong Bitcoin Mungkin Berada Dalam Android Anda

Para penyelidik keselamatan google prihatin terhadap peningkatan pelombong cryptocurrency yang sedang trending di maya.

Mungkin juga program tersebut telah tertanam di laman web dan aplikasi supaya dapat menggunakan sumber daya peranti anda tanpa izin.

Firma keselamatan Trend Micro menemui tiga aplikasi Android di Google Play dengan dua program pelombong yang berlainan.

Katanya selalunya ia hadir dari aplikasi percuma seperti SafetyNet Wireless, menggunakan JavaScript untuk menjalankan program miner.

Manakala aplikasi ketiga yang dipanggil Car Wallpaper HD: mercedes, ferrari dan audi, ia termasuk versi yang berniat jahat yang sah mempunyai program cpuminer.

Google telah mengambil tindakan iaitu mengeluarkan aplikasi tersebut dari play store supaya keselamatan android pengguna dalam keadaan baik.

Kesan virus ini pada peranti anda adalah salah satu akan menjadikan telefon anda panas kerana penggunaan ram dan processor yang tinggi.

Penyelidik Trend Micro berkata malware seperti ini juga mampu mengurangkan prestasi peranti anda dan juga menyebabkan hayat bateri telefon cepat habis.

Saranan dari pihak google kepada pengguna android ialah supaya elak dari memuat turun aplikasi yang tidak logik dan tidak mengikut keperluan.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)