Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa akan melakukan dasar baru untuk mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti keganasan.
Setelah mengambil masa berbulan untuk menjalani rundingan mengenai isu tersebut, pada bulan disember pegawai dari bank pusat telah mengeluarkan peraturan-peraturan baru untuk industri yang mengendalikan aktiviti jual beli matawang digital.

Kepada syarikat yang mengendalikan aktiviti jual beli turut diwajibkan untuk bekerjasama atas perkongsian maklumat pelangan kepada bank pusat.
Maklumat yang diperlukan dari pemilik dompet digital adalah, Nama penuh(IC), Alamat dan tarikh lahir serta maklumat mengenai tujuan transaksi pelangan.
BNM juga menegaskan kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam pelaburan matawang digital dan cuba elak dari sebarang aktiviti penipuan dari organisasi yang tidak bertanggungjawab.
