Dunia

Mcdonald Malaysia belanja Chicken McNugget kerana lewat menghantar pesanan

Cara perniagaan makanan segera yang terpilih sangatlah bertimbang rasa dengan memberi hidangan percuma kepada pelangan atas sebab-sebab yang tertentu.



Adakala pihak syarikat terpaksa akui kerana gagal menghantar pesanan yang dibuat melalui online mengikut masa yang diminta pelangan.


Senang cerita ibarat restoran tu sebelah rumah lepas tu kita ingin pesanan sampai dengan kadar segera, permintaan itu mungkin agak sukar ditunaikan kerana ibu pejabat perlu mengesahkan lokasi pelangan sebelum meminta cawangan terdekat menyiapkan pesanan.


Jika waktu pesanan yang kita lakukan itu terkena pada waktu restoran sedang sibuk atau mempunyai ramai pelangan maka terpaksalah pelangan online menunda ke jam berikut.


Walaupun dalam sistem mengatakan pelangan perlu menunggu beberapa jam berikut tapi hakikatnya pesanan akan tiba sebelum waktu yang ditetapkan ini sangatlah menunjukkan mereka mempunyai servis yang baik dari segi penghantaran.



Seterusnya pihak syarikat makanan segera seperti Mcdonald Malaysia juga menghargai kesabaran pelangan kerana sudi menunggu atau menunda pesanan ke jam berikut, jadi oleh kerana itu mereka akan belanja pelangan dengan hidangan secara rawak(random) salah satunya adalah Chicken McNugget 6 pcs atau lain-lain bergantung pada cawangan di kawasan anda.


Amalan ini juga telah digunakan oleh beberapa syarikat pemakanan segera yang lain iaitu menggunakan konsep 'belanja' pelangan yang sudi menunggu atau menunda pesanan ke jam berikut.


Dtbn berharap restoran masakkan panas atau kecilan turut mengikut konsep sebegini dimana jika pesanan pelangan tidak sampai dalam masa yang ditetapkan maka pengurus restoran harus menjaga hati pelangan dengan memberi atau menghadiahkan hidangan terpilih.


Juga boleh memberi tawaran diskaun kepada pelangan kerana gagal menyediakan pesanan dalam waktu yang ditetapkan. Apapun terima kasih kepada Mcdelivery kerana sudi belanja Dtbn.com.my hidangan McNugget.


https://www.mcdelivery.com.my/my/

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)