Jawatan baru di Facebook ini menunjukkan bahawa rangkatan media sosial sedang membentuk satu pasukan baru khas untuk membina cip asic tersendiri.
Jawatan itu juga sedang mencari beberapa orang pakar dalam reka bentuk silikon ASIC dan FPGA untuk membantu dalam pembangunan teknologi facebook akan datang.
SoC(sistem-on-a-cip) adalah biasa digunakan dalam peranti mudah alih yang bekerja untuk menggerakkan peranti.
Sumber Bloomberg, membina cip sendiri akan membantu media sosial facebook mengurangkan pergantungan kepada syarikat-syarikat seperti Qualcomm dan Intel dimana memegang bahagian besar pasaran cip.
Dilaporkan bahawa Apple yang telah membuat cip sendiri A-series untuk iPhone, iPad dan iThings lain turut merancang untuk menggunakan cip ARM yang direka khas dalam komputer Mac bermula seawal tahun 2020 untuk menggantikan prosesor Intel.
Google juga telah membangunkan cip sendiri dan Amazon dilaporkan telah merekabentuk perkakasan khususnya untuk memperbaiki peranti serta dengan Alexa.

