Dunia

Peratusan penonton di kaca tv semakin kurang

Seorang pidato dari barat mengatakan tv ini adalah sebuah kotak bodoh, maka siapa yang menjadi penonton tegar rancangan di kaca tv adalah sebahagian dari orang yang membazirkan waktu.



Rancangan tv sememangnya hanya menguntungkan pihak syarikat tertentu kerana mereka berjaya memaparkan iklan hampir setengah jam kepada penonton setia.


Penonton pula nak atau tidak terpaksa menunggu iklan-iklan tersebut habis dimainkan semata ingin menyambung menonton filem kegemaran mereka.



Oleh kerana menonton iklan di TV makin membosankan maka dengan lahirnya generasi era teknologi serta internet berkelajuan tinggi mereka mampu mengubah segalanya termasuk sesebuah parti kerajaan.


Jika dahulu peratusan penonton berita di kaca tv tinggi, tapi dengan ada pelbagai saluran media blog dan sosial rakyat tidak lagi perlu menunggu iklan dan jadual berita.


Bukan itu sahaja dengan peratusan penonton tv semakin kurang, syarikat-syarikat pengeluar produk juga banyak sudah beralih menggunakan pengiklanan di internet.


Kajian di amerika pula menunjukkan rakyat mereka sudah kurang membazirkan waktu di depan kaca tv malahan mereka sudah berubah kepada penggunaan telefon pintar, komputer dan tablet.


Dimana sahaja mereka mampu menerima berita dan iklan tanpa perlu menonton tv di rumah.


Ini adalah perubahan besar kepada manusia pada hari ini iaitu memanfaatkan teknologi yang semakin berkembang tanpa disedari.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)