Dunia

PM Tun Mahathir Mengesahkan Projek Kereta Api Dengan Singapura Akan Dibatalkan

Perdana Menteri berkata bahawa Kerajaan terpaksa bercakap dengan Singapura mengenai pampasan yang perlu dibayar berkaitan dengan projek mega kereta api berkelajuan tinggi dari Malaysia ke Singapura.



Tun Mahathir berpendapat projek itu tidak mendatangkan faedah malah ia akan membuatkan negara lebih terbeban dan paling menarik kita tidak akan membuat sebarang wang dari operasi itu kerana ia hanya jalan yang pendek.


Beliau berkata lagi, projek kereta api berkelajuan tinggi dari Malaysia ke Singapura bakal menelan perbelanjaan RM110 bilion dan mungkin hanya untuk orang vip sahaja.



Pakatan Harapan juga telah mengumumkan bahawa ia akan mengkaji semula projek mega yang dirancang oleh pentadbiran terdahulu demi menyelamatkan berbilion ringgit negara.


Projek mega yang bakal dikaji semula adalah Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange(TRX) dan Lebuhraya Pan Broneo.


Maka dengan ini, dtbn turut berharap mana yang baik harap diteruskan manakala mana yang tidak mendatangkan faedah dan keuntungan buat rakyat dan negara mohon dihapuskan.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)