Dunia

Israel lancar serangan balas di udara kawasan Gaza

Tentera Israel mengatakan ia menyerang sasaran milik Hamas walaupun pada dasarnya kawasan itu dikelilingi penduduk yang tidak bersalah.



Sumber dari akaun Twitter angkatan Pertahanan Israel berkata ia menganggap Hamas bertanggungjawab terhadap roket yang dilancarkan ke arah wilayah Israel dan sebagai tindak balas tentera Israel menyasarkan dua kawasan pemerhatian yang dimiliki Hamas di utara Gaza.



Hamas turut membalas dalam satu kenyataan, berkata tindakan balas segera oleh gerakan penentangan adalah perlu kerana dapati Israel cuba meningkatkan ketengangan semasa menentang penunjuk perasaan damai Palestin.


Pesawat perang Israel turut pernah ditugaskan melancarkan peluru berpandu ke arah sekumpulan orang awam di timur Gaza.


Sejak demonstrasi dari Palestin bermula, sekurang-kurangnya 132 penunjuk perasaan telah mati dan ribuan lagi cedera disebabkan oleh tembakan dari tentera Israel.


Jadi apakah yang cuba disampaikan oleh pihak Israel yang mengatakan Hamas cuba memberontak sedangkan pihaknya terdahulu melakukan kezaliman keatas penduduk yang tidak bersalah.


Seperti yang diketahui dunia pada hari ini, tanah dan tempat tinggal penduduk Palestin telah diambil tanpa belas kasihan oleh Israel.


Sejarah juga mengatakan tiada tempat mahupun tanah bagi bangsa yahudi(Israel) melainkan mereka mengambil secara paksa dari penduduk timur tengah.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)