Sekian lama para ahli kabinet berbincang akhirnya mereka memutuskan untuk meneruskan projek (TRX) walaupun berita hari ini mengatakan sekitar RM3 bilion diselewengkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyiapkan projek TRX dengan menambah peruntukkan dana sekitar RM2.8 bilion kepada TRXC.
Pada mulanya dtbn juga berasa hairan tidakkah kerajaan hari ini sanggup melihat projek yang telah siap 85% menjadi projek terbengkalai.
Rupanya saban hari menunggu keputusan dari ahli kabinet, merasa juga generasi akan datang melihat pembangunan Najib Razak walaupun pelbagai tuduhan semasa pemerintahan beliau..
Jika sebelum ini menteri mengeluarkan kenyataan dimana projek TRX ini akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan pendapatan negara sehingga rakyat menjadi semakin gusar dan risau dan mengharapkan pemerintahan baru supaya dapat perbetulkan keadaan ekonomi.
Akhirnya kerajaan hari ini berpendapat dengan meneruskan projek TRX itu eknomi dapat menjana keuntungan lebih tinggi dari kos pelaburan serta berpontensi dapat menarik minat dari pelabur asing.

