Dunia

Air Selangor Dijangka Naik Tarif - Xavier

Warga selangor sekian lama sudah menikmati air percuma kerana kadar penggunaan dibawah paras yang ditetapkan tetapi sering juga mengalami masalah ketiadaan air.



Air adalah sumber utama bagi kehidupan atas muka bumi ini dan ada beberapa golongan mengatakan sepatutnya air adalah percuma tapi ada juga mengatakan air diharuskan bayar demi menanggung kos penyelenggaraan.


Bila penyelenggaraan berjalan dengan lancar maka kualiti kebersihan air pun pasti akan terjamin. Tidak salah ingin menjanjikan air percuma untuk rakyat tapi janganlah sering mempunyai masalah ketiadaan air tanpa notis pemberitahuan.



Peningkatan tarif air di selangor dijangka tidak dapat dielakkan selepas kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula pengurusan air pada bulan hadapan.


Dr Xavier Jayakumar berkata, langkah ini merupakan kaedah terbaik buat Syarikat Pengurusan Air Selangor membayar balik kepada Pengurusan Aset Air berhad bagi menyelesaikan proses pengambil alihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd(Splash)


Soal kenaikkan itu bukannya akan dinaikkan terus sehingga 100 peratus namun secara berperingkat semi mendapatkan bekalan air terawat yang lebih baik kata sumber.


Xavier sebelum ini turut menafikan laporan berita antarabangsa yang mengatakan bahawa kerajaan akan membayar RM1.9 bilion kepada Splash bagi proses peralihan tersebut.


Perancangan kenaikkan Tarif di selangor sudah pernah dibincangkan sebelum ini susulan kegagalan kerajaan negeri dan persekutuan semasa pentadbiran BN mencapai kata sepakat berkaitan nilai tawaran peralihan Splash.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)