Dunia

Airasia Rancang Bawa Perkhidmatan BigPay Ke Philippines

Syarikat itu akan membawa perkhidmatan dompet digital BigPay memasuki pasaran Philippines pada hujung tahun kata pegawai pemasaran.



BigPay adalah perkhidmatan baharu yang dibangunkan oleh Airasia sama seperti perkhidmatan yang lain seperti Wechat Pay, Alipay yang terkenal di negara China dengan menggunakan elektronik telefon pintar sahaja.


Airasia berkata mereka sedang bermesyuarat bersama rakan perniagaan bank di Philippines berkaitan perkenalan sistem BigPay yang dirancang akan di perkenalkan pada bulan oktober atau disember 2018.



Bigpay dilancarkan di Malaysia pada bulan januari 2018 bersama CEO Tony Fernandes dan dapati menerima ramai sokongan dari pengguna.


Katanya akan datang BigPay turut akan perkenalkan sistem pinjaman kepada pelangan mengikut kadar yang bakal ditetapkan.


Apa perancangan Fernandes selepas ini? Masih ramai yang tidak boleh membeli tiket penerbangan jadi dengan adanya BigPay pelangan mampu mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang hebat bersama pelbagai diskaun istimewa.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)