Dunia

Honda Malaysia Panggil Pemilik Untuk Penggantian Airbag Takata

Honda Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tujuan menggantikan bag udara Takata yang terjejas.



Komitmen Honda Malaysia terhadap keselamatan para pelanggannya tetap teguh dan akan meneruskan program kesedaran untuk memastikan pemilik dan orang ramai hadir untuk melakukan penggantian.



Honda Malaysia ingin memberitahu bahawa penggantian setiap bag udara Takata yang terjejas adalah PERCUMA dan apa-apa kos yang berkaitan dengan penggantian inflator udara Takata akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Syarikat ini mempunyai ketersediaan stok 100% dan pemilik kenderaan boleh menyemak status produk kenderaan mereka seperti dibawah:


1. Lawati laman web Honda di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my

2. Hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020

3. Lawati mana-mana Honda servis yang terpilih


Kapasiti Penggantian

Aktiviti penggantian boleh dilakukan di mana-mana 92 ​​pengedar perkhidmatan yang diberi kuasa dari Honda yang berada hampir di seluruh negara. Para pelanggan amat disyorkan untuk membuat temujanji di pusat servis Honda yang terpilih untuk membolehkan keutamaan bagi aktiviti penggantian dan mengelakkan kelewatan.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)