Dunia

Rahsia Perang Perniagaan Dalam Internet

Syarikat besar sedang sibuk berperang secara senyap berkaitan perniagaan di internet dan mungkin telefon pintar kita menjadi sebahagian askar mereka.



Secara realiti jika kita melihat peruncit kecil mereka mungkin menggunakan taktik dengan menghantar orang misteri untuk memantau perniagaan pesaing lain.


Tapi dalam talian mereka tidak lagi perlu menghantar sesiapa untuk memantau harga semasa yang ditawarkan oleh pesaing kerana syarikat-syarikat besar ini sudah mempunyai teknologi perisian pengimbas 'Scraper'.



Perisian pengimbas ini bekerja untuk mengumpul maklumat dan harga semasa di enjin carian bagi memudahkan peruncit besar menentukan harga pasaran, manakala peruncit kecil pula harus bersusah payah untuk bersaing dan terpaksa membuang harga demi ingin menjadi peniaga yang paling murah.


Syarikat-syarikat seperti Amazon dan Walmart mempunyai pasukan dalaman khusus untuk mengikis(Scraper) kata Alexandr Galkin, CEO syarikat pengoptimum harga runcit.


Mereka juga menggunakan mesin algoritma pengimbas bagi membantu atau mengesyorkan peniaga kecil menetapkan harga di internet.


Syarikat peniaga atas talian seperti Walmart dan Amazon yang terkenal di A.S engan jawab bagaimana mereka mengikis laman web lain demi menentukan harga di pasaran.


Tetapi pengasas Diapers.com menuduh Amazon menggunakan bot 'Scrapers' untuk menyesuaikan harganya secara automatik sumber buku Brad Stone, The Everything Store.


Begitu juga Google.Inc dimana pihaknya terang-terang memanfaatkan data pengguna android dan pelayar chrome demi menjalankan sistem iklan.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)