Dunia

Resepi Tiramisu Milo Yang Mudah Lagi Sedap

Tiramisu terkenal sebagai makanan dessert iaitu jika dalam bahasa malaysia pencuci mulut atau manisan. Harganya boleh didapati sekitar RM4 - RM9 dengan bersaiz kecil.



Kecil mana? anda boleh ronda-ronda di Mudah.my atau enjin pencarian google. Apa faktor ia dijual dalam saiz kecil kami rasa adalah untuk menghindari individu dari terkena penyakit kencing manis.


Tapi jika anda seorang yang sihat dan seorang jenis pentingkan kesihatan, maka tiada masalah untuk makan manisan seperti tiramisu dalam kuantiti yang banyak.



Cuma jika memilih untuk menikmati hidangan tiramisu di cafe kemungkinan kita akan menghadapi pembelanjaan yang besar kerana kuantiti yang disediakan adalah sangat sedikit dan berbentuk kecil maka hasilnya sudah pasti kurang memuaskan.



Jadi bagaimana untuk kembalikan kepuasan itu kunci kejayaan adalah 'kerajinan' , bila ada sifat ini semua makanan yang sedap-sedap kita boleh cuba buat sendiri asalkan tidak mudah berputus-asa dalam melakukan sesuatu perkara.


Resipi dia sungguh mudah dan senang didapati di mana-mana gedung pasaraya.


- 1 tin susu pekat

- 1 tin susu cair

- 5 tin air (sukat guna tin susu)

- 11 sudu makan membukit tepung kastard (Seeloknya jenama Bestari)

- Biskut marie perisa kopi (saya menggunakan perisa original) itu je ada

- Akhir sekali adalah serbuk MILO


Campur semua bahan-bahan tersebut kecuali biskut dan serbuk milo, seterusnya kacau bahan tersebut sehingga sebati. Buka api secara sederhana dan masukkan bahan-bahan yang telah dikacau tadi lalu kacau sehingga jadi likat diatas api.


Ketika masak jangan sekali berhenti kacau supaya menghindarkan bahan tersebut jadi berketul-ketul. Dah siap kacau diatas api, sediakan bekasnya tapi lebih cantik jika ia transparent kerana kita boleh lihat lapisan serbuk tu nanti.


Masukkan kastard yang dimasak tadi kedalam bekas seterusnya lakukan secara lapisan demi lapisan berserta serbuk biskut yang dicampur serbuk MILO.


Biarkan ia sehingga sejuk dan simpan di dalam peti sejuk, akhir sekali ia sudah siap dihidangkan bila-bila masa atau dijadikan sebagai minuman petang.


Nasihat dari doktor kurangkan manisan dalam makanan untuk mengelak menghadapi sebarang penyakit.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)