Presiden Lin Bin telah mengusik peminat Mi dengan imej yang mendedahkan gambaran Mi Mix 3 sedikit demi sedikit dimana peranti kali ini mungkin mempunyai ciri menyokong rangkaian 5G.
Dan sekarang secara rasmi pihak Xioami telah mendedahkan bahawa Mi Mix 3 akan menampilkan sokongan 5G seperti yang dikatakan sebelum ini.
Adakah Malaysia sudah bersedia untuk menyediakan rangkaian 5G kepada pengguna? Buat ketika ini pihak kami belum lagi dapat kepastian kerana rangkaian 4G pun masih belum berkembang dengan baik.
Pengarah pengurusan produk Donovan Sung, yang menampilkan telefon pintar sokongan 5G terbaru ini mengatakan ketika ujicuba dilakukan terhadap peranti ini dapati sambungan data 5G mampu menghasilkan sepuluh kali ganda kelajuan internet berbanding 4G sebelum ini..dan tidak boleh menunggu pelancaran rasmi 5G pada tahun depan katanya dalam tweet.


Catat Ulasan