Dunia

5 Fakta Peringatan Hari Pancasila Di Indonesia

Setiap negara mempunyai sejarah dan cerita masing-masing apa lagi kan kepercayaan yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka sehingga ke generasi cucu cicit.



Begitu juga kisah yang berkaitan dengan kerajaan dan sebagainya salah satunya kita memandang kearah negara indonesia dimana mempunyai penduduk yang begitu ramai serta mempunyai pelbagai kefahaman.


Hari ini adalah 1 oktober dimana masyarakat Indonesia sedang memperingati Hari Kesaktian Pancasila. Bendera juga dikibarkan satu tiang penuh sebagai tanda simbolik sesebuah upacara berkaitan kerajaan mahupun negara.



Sejarah mengatakan pada 30 september 1965 terjadi pembunuhan kepada beberapa jumlah kakitangan pegawai TNI. Setelah pihak kami mencari beberapa sumber dari Indonesia dapati mempunyai beberapa kes jenayah dilakukan terhadap pegawai tinggi Tentera National Indonesia.


Penculikan dan Pembunuhan Jeneral oleh Pasukan Cakrabirawa.


Dikatakan 10 pegawai tinggi TNI tewas dalam kejadian tersebut mereka adalah Jeneral Ahmad Yani, Letnan Jenneral (Letjen) Suprapto, Letjen Haryono, Letjen Siswondo Parman, Mayjen Pandjaitan, Mayjen Sutoyo Siswomihardjo, Kapten Pierre Tendean, AIP Karel Satsuit Tubun, Brigjen Katamso Darmokusumo dan Kolonel Sugiono. - Sumber


Cakrabirawa adalah pasukan pengaman Presiden yang handal, pasukan ini juga berjumlah sekitar 3000 angkatan bersenjata. Sumber mengatakan pasukan ini ditubuhkan khas untuk mengawal Presiden Soekarno yang semasa itu dikatakan sedang menghadapi pelbagai cubaan bunuh oleh penjenayah.


Hal ini turut telah membuatkan Jeneral A.H Nasution mengusulkan cadangan untuk perbentukkan pasukan khusus menjadi pengawal Presiden semasa itu.


Tidak lama kemudian cadangan itu telah dipersetujui oleh Presiden Soekarno dengan menamakan pasukan pengawal itu Cakrabirawa pada tahun 1962 diambil dari nama senjata. Setelah dibentuk beberapa anggota dari pelbagai jabatan yang terbaik telah diserap termasuk anggota polis demi menubuhkan pasukan terbaik khusus menjaga keamanan Presiden Indonesia ketika itu.


Pada peristiwa G30s/PKI pasukan ini dikhabar melakukan kesalahan atas sebab penculikan dan pembunuhan keatas jeneral TNI, faktanya bukan sepasukan yang melakukan perbuatan jenayah itu tapi cuma hanya beberapa orang sahaja malangnya yang dituduh hampir seluruh anggota dalam pasukan tersebut.


Setelah proses penangkapan dilakukan selepas siasatan dapati beberapa anggota Cakrabirawa yang terbukti terlibat dalam peristiwa ini dijatuhi hukuman mati manakala yang sebahagian yang lain dijatuhkan hukuman seumur hidup.


Sebelum meneruskan lebih panjang, kami ingin memohon maaf kepada yang tidak faham perjalanan kisah sejarah dari Indonesia ini disebabkan kami sendiri masih tidak tahu mana yang pihak baik dan tidak tambahan lagi zaman itu di tanah Indonesia dibawah pemerintahan parti komunis.


Hasil penilaian dari kisah sejarah ketenteraan Indonesia ini, kami dapati semua yang berlaku boleh dikatakan atas kerana mengikut arahan Presiden semasa itu. Kerana sudah menjadi rutin anggota khas kerajaan bertindak mengikut arahan.


Ada beberapa sumber turut mengatakan pembunuhan terhadap anggota TNI tu disyaki cubaan menjatuhkan kepimpinan Presiden ketika itu lalu dikatakan unit khas Cakrabirawa ni diarahkan untuk menjemput beberapa pegawai tinggi TNI ini mengadap Presiden disitu berlakunya penculikan dan pembunuhan berprofil tinggi.


Walaubagaimanapun sebarang kesahihan kisah diatas ini diluar tanggungjawab kami kerana kisah² diatas didapati dari pelbagai sumber.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)