Dunia

Erdogan Berkongsi Rekod Pembunuhan Khashoggi Dengan AS, Arab Saudi, Jerman, Perancis Dan UK

Arab Saudi pasti tahu dan harus mendedahkah 15 anggota yang disyaki membunuh Khashoggi di konsulat Istanbul, kata Erdogan.



Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, "kami memberikan pita rakaman kepada negara-negara yang terpilih untuk mendengar segala perbualan di dalamnya untuk menilai apakah yang terjadi sebenarnya.


Sumber dari pihak Turki sebelum ini mengatakan bahawa pihak berkuasa mempunyai rakaman audio yang kononnya mendokumentasikan pembunuhan itu. Erdogan turut menegaskan bahawa pihak Saudi pasti mengetahui sipakah pembunuh Jamal Khashoggi.


Pihak kerajaan Turki turut membuat satu kenyataan, "Saudi jangan membuang masa memutarbelitkan isu ini kerana kami pasti pihaknya kenal pembunuh dan sebagai kerajaan Arab Saudi sudah semesti boleh mendedahkan 15 orang yang disyaki itu paksa untuk bercakap," Kata Erdogan



Khashogi seorang bangsawan dan kolumnis Saudi untuk The Washington Post, dibunuh pada 2 Oktober di Konsulat Saudi di Instanbul.

Selepas berminggu-minggu membuat siasatan, kerajaan Saudi mengakui Khashoggi telah dibunuh di konsulat tetapi mendakwa keluarga diraja Saudi tidak mempunyai kaitan terhadap kes pembunuhan itu.


Mojeb yang melawat Instabul untuk membincangkan penyiasatan dengan rakan sejawatannya di Turki enggan bekerjasama serta sering menangguhkan siasatan dan perkara itu telah membuatkan Erdogan tidak menuduh ia juga adalah dari kumpulan yang sama kerana tidak segerakan siasatan.


Berita dari Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 18 orang termasuk pegawai keselamatan telah ditangkap berkaitan dengan kes pembunuhan itu. Sehubungan itu Recep Tayyip Erdogan mungkin akan bertemu Trump untuk membincangkan isu ini.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)