Anthony mengarahkan semua pemandu e-hailing mendaftar lesen PSV seperti pemandu Teksi yang lain sebelum julai 2019.
Keputusan itu dianggap keputusan yang baik dari kerajaan supaya isu antara teksi dan e-hailing dapat diselesaikan. Sehubungan itu semua pihak masing-masing boleh mencari rezeki tanpa ada sebarang provokasi.
Para pemandu teksi pula membuat kenyataan tidak akan mengadakan bantahan terhadap Kementerian Pengangkutan sehingga 1 Januari 2019 susulan Anthony memberi jaminan setiap pemandu 'e-hailing' tidak terkecuali membuat pendaftaran lesen PSV.
Mana ada lubang duit disitu kena korek cepat
Mungkin pemandu e-hailing akan berfikir sedemikian terhadap kerajaan baru, namun isu yang jadi perbalahan antara teksi dan e-hailing salah satunya adalah mengenai pendaftaran PSV dan harga tambang.
Manakala dari sudut politik ia salah satu pendapatan kerajaan dimana kanan Teksi dan E-Hailing kiri jadi keseluruhannya kiri kanan disapu bersih.
Begitu juga nasib pemandu e-hailing dimana sebelum ini mereka telah bersusah payah menggunakan kenderaan sendiri serta dikenakan cukai komisen yang tinggi dari setiap tambang.
Kepada pemandu e-hailing yang bekerja separuh masa pula akan mengalami kesukaran disebabkan tekanan dari cukai komisen e-hailing dan tidak lama lagi dari kerajaan.
Pada kami walaupun pelangan e-hailing masih positif tapi jika terus menekan rakyat maka ia boleh membuatkan pemandu e-hailing pula berkurangan sekaligus menjejaskan pendapatan rakyat.


Catat Ulasan