Kerajaan kemungkinan mengharamkan penjualan rokok bentuk elektronik, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata kementeriannya akan menjalankan kajian terperinci tentang keperluan untuk menguatkuasakan pengharaman produk sedemikian memandangkan kematian akibat penggunaannya seperti dilaporkan di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pada mulanya kerajaan ingin pertimbangkan bagaimana untuk mengenakan cukai terhadap penjual bahan rokok elektronik namun ia dibahas di dalam parlimen supaya kerajaan mencari jalan untuk mengharamkan barangan tersebut kerana sudah terbukti memudaratkan kesihatan.
Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa di Amerika Syarikat, lebih daripada 20 orang telah meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan barangan ini jadi kerajaan tidak perlu buang masa untuk mencari jalan kenakan cukai dan ada baiknya terus mengharamkan.
Dzulkefly menjawab soalan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk mengharamkan penjualan rokok e-rokok, terutamanya kepada kanak-kanak sekolah, memandangkan terdapat risiko kesihatan.
Kami juga berpendapat, benda yang boleh memudaratkan pengguna seharusnya diharamkan dan dihentikan penjualannya supaya generasi akan datang dapat menjalankan kehidupan dengan baik tanpa terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.
Perkara ini juga harus dibincangkan bersama menteri belia supaya beliau turut selalu melakukan pelbagai program untuk menarik perhatian di kalangan orang muda.
Benar bahawa mengenakan cukai ke atas mereka akan membantu meningkatkan tabung negara. Tetapi persoalannya, bolehkah kita terus membiarkan orang terus kearah aktiviti yang tidak sihat seperti terpaksa menghidu asap vape/rokok dan sekaligus membahayakan kesihatan.


Catat Ulasan