Dunia

Cendol Harga RM1 Di Bandar Kuala Lumpur, Nak Tahu Dimana?

Tahukah kita di bandar Kuala Lumpur yang padat ini masih terdapat gerai cendol yang jual dengan RM 1, lokasi nya juga agak stratergik kerana betul-betul berdekatan antara Pertama Kompleks dan Sogo.


Gambar Lokasi

Gerai cendol itu dibuka pada setiap hari bermula pagi sehingga petang, bila murah orang pun terpaksa beratur tambahan lagi jika pada hari jumaat.


Muka ada senyum

Nak dijadikan rezeki selepas kami menunaikan solat jumaat, ternampak pula gerai cendol yang luar biasa sehingga orang sanggup beratur panjang rupanya dia jual dengan harga RM 1. Kami pun turut beratur untuk merasai apa yang menarik sangat sehingga terpaksa beratur panjang.


Rupanya memang sedap juga cendol ini walaupun ia murah namun boleh dikatakan cukup rasa, boleh buat hilang dahaga sekejap selepas berpeluh berjalan pulang ke tempat kerja. Siapa yang suka datang ke jalan Tunku Abdul Rahman tu yang masih belum merasa marilah mencari gerai ini memang tak rugi.



Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)