Tahukah kita bahawa penyakit resdung ada pada setiap individu, bezanya teruk atau tidak sahaja.
Penyakit ini mudah dikesan apabila kerap bersin waktu pagi selepas mandi serta mata dan hidung berasa gatal.
Penyakit ini juga mempunyai pelbagai kaedah rawatan, cuma agak sukar untuk mencari cara rawatan yang betul.
Ada salah satu video rawatan resdung sumber dari YouTube agak sudah lama mengatakan ulat boleh keluar dari kulit pesakit resdung.
Bila ulang video tersebut dalam beberapa kali kami dapati ia menggunakan lipas tanah yang sudah dipotong sedikit di bahagian telur atau perut lalu lipas tanah itu digosok pada muka pesakit.
Ulat kecil yang kelihatan pada muka pesakit dikatakan berasal daripada dalam kulit muka. Ia dipanggil sebagai ulat resdung.
Pesakit pun balik dengan perasaan gembira sebab ulat resdung telah dikeluarkan.
Hakikatnya lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit termasuk virus, bakteria dan kulat boleh jadi ulat yang kononnya keluar dari muka tu adalah cacing sejenis parasit yang berasal dari lipas tanah.



Catat Ulasan