Dunia

Family'SS Steamboat & Grill, Murah Dan Berbaloi

Korang bosan dengan nasi berlauk setiap hari adakala nak merasa makan lauk pauk yang diperap dengan pelbagai rasa? Ya, semestinya Steamboat & Grill.



Lokasi pilihan kami adalah Family'SS Family'SS Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Nirwana ,Taman Nirwana 68000 Ampang Jaya, Selangor. Restoran ini menyediakan pelbagai juadah seperti mee goreng, nasi goreng, buah-buahan sebagai pencuci mulut. Waktu Operasi pula dari 4.00ptg - 1.00pg juga dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum.



Ini adalah gambaran dari luar kedai dan di bahagian dalam pula kami dapati cara susunan meja mereka perlu diperbaiki supaya pelangan tidak perlu berlaga punggung untuk mengambil makanan beku.


Jika pemilik terbaca posting ini, harap makanan beku itu dipindahkan berdekatan pintu kedai bagi memudahkan pelangan yang berada di luar senang menuju ke tempat bahan beku tanpa perlu berhimpit dengan pelangan yang sedang menikmati hidangan yang berdekatan dengan peti sejuk.


Kami ingin memberi pujian terhadap penyedian daging yang lembut serta makanan laut yang segar manakala pencuci mulut juga tidak menghapakan kerana sentiasa cukup untuk pelangan begitu juga pelangan boleh memilih untuk menikmati kuah tom yam dan sup biasa.





Sebelum datang ke Restoran FAMILY 'SS mohon buat temujanji dahulu jika tidak sila mereput tunggu meja kosong. Harga pula pada kami agak berpatutan serta mempunyai konsep Happy Hours boleh rujuk pada laman Facebook, harga biasa dewasa RM25.90 dan untuk kanak- kanak bawah 12 tahun RM15.50 manakala kanak-kanak 4 tahun ke bawah PERCUMA.





Akhir kata FAMILY 'SS STEAMBOAT & GRILL memang terbaik untuk rakyat marhaen merasai suasana steamboat & grill. Cuma kami harap tuan kedai dapat menambah pelbagai lagi juadah makanan bagi menarik minat pelangan. Oleh itu marilah menyokong bagi membantu tuan kedai ni menambah baik lagi perniagaannya.


https://www.facebook.com/FamilySSsteamboatGrill/


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)