Minyak petrol adalah antara kos perbelanjaan yang paling membebankan buat orang ramai, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga yang tidak menentu.
Di Rusia pula, sebuah syarikat minyak telah membuat promosi pengisian petrol percuma untu menarik pelanggan ke stesen minyak mereka.
Namun terdapat syarat untuk dikecualikan dari perlu membayar harga minyak, iaitu dengan memakain bikini apabila di stesen itu.
Mungkin dengan cara itu syarikat minyak berkenaan menyangka mereka dapat menarik wanita untuk hadir ke stesen minyak mereka memakai mandi, seterusnya menarik lelaki untuk mengunjungi stesen minyak itu juga.
Dalam beberapa gambar yang tular, dilihat ramai lelaki yang tidak teragak-agak untuk merebut peluang berkenaan dengan berpakaian bikini saambil menunggu untuk mengisi minyak kereta mereka.
Malah lelaki-lelaki itu juga sanggup memakai kasut tinggi supaya nampak lebik seksi.
Sumber : Bored Panda











Catat Ulasan