Siapa yang tidak kenal dengan perkhidmatan Yahoo! sebelum adanya jenama lain di Internet selama ini, Yahoo! diasaskan pada tahun 1995 di California dan pernah menjadi pilihan utama oleh pengguna internet ketika itu.
Sebelum ini ia pernah menamatkan salah satu produknya iaitu yahoo messenger dimana ketika itu memang ramai yang memanfaatkan perkhidmatan itu namun peredaran zaman internet bergerak terlalu pantas sehingga mereka tidak lagi dapat bersaing dengan idea yang baharu.
Yahoo! Group juga pernah menjadi lokasi utama untuk kaki forum mencari maklumat, malangnya semua kelebihan-kelebihan ini akan dihapuskan pada 14 Disember ini serta akan menutup perkhidmatan ini lebih awal.
Berikut senarai Yahoo! mengenai apa yang akan dibuang: - Files - Polls - Links - Photos - Folders - Calendar - Database - Attachments - Conversations - Email Updates - Message Digest - Message History
Nasihat kepada pengguna Emel Yahoo!, siap sedialah untuk memindahkan akaun-akaun yang berkaitan sebelum ia turut ditamatkan perkhidmatan secara keseluruhan.
Memandangkan Yahoo! sudah semakin dilupakan kecuali perkhidmatan emel yang masih berfungsi dan mempunyai pengguna selama berdekad lamanya.


Catat Ulasan