Dunia

Khasiat Semula Jadi Teh Herba (C'Tella) Pasti Membuatkan Anda Nak Lagi




Teh Herba Pegaga (C'Tella)

Ini adalah produk kedua keluaran (C'Tella) dimana ia menjadikan pegaga sebagai uncang teh. Dimana kita tahu akan baiknya tumbuhan pegaga kepada manusia yang mempunyai pelbagai khasiat dan elok dijadikan minuman seisi keluarga. Teh herba pegaga ini juga dapat membantu segi masalah darah tinggi , masalah sembelit , kurangkan lemak badan , kuat & cerdaskan minda dan pelbagai lagi.



Setelah aku buat pencarian di internet , ternyata khasiat pegaga memang sudah terbukti ianya adalah salah satu tumbuhan yang kaya dengan zat juga sesuai untuk ibu lepas bersalin bayangkan orang-orang tua cicah pegaga dengan nasi je wei korang boleh ke ?






Teh Herba (C'Tella)

Setelah aku membuat pembelian atas talian terus dari pemilik dengan harga sebotal hanya RM25 tidak termasuk kos penghantaran, tidak lama kemudian bungkusan pos laju pun tiba kepada aku dan kandungan dalamnya mempunyai 18 uncang teh sahaja agak korang cukup ke untuk sebulan. Haaa itu jangan tanya aku sebab aku sendiri tidak tahu sama ada uncang teh ni boleh digunakan lebih dari satu kali atau pun sekali celup terus buang.



Ibarat macam buah pisang , bila sudah buka lapisan kulitnya secara tidak langsung hilang terus khasiatnya. Aku perolehi 2 botol kerana setelah dicampur akan mempunyai 36 uncang teh jadi boleh laaa layannns.



Minyak sapuan pegaga pula aku dapat sekali dalam bungkusan tersebut mungkin ini salah satu edisi promosi dari pemilik produk. Haaa ! korang nak harga promosi atau produk gift jangan segan jangan silu terus hubungi (C'Tella) di facebook  atau lihat di artikel sebelum ini.






Proses Rendaman Uncang Pegaga (C'Tella)


Setelah menerima beberapa informasi berkaitan bancuhan , maklumlah produk baharu belum ada gambar rajah atau cara penggunaan. Teh pegaga keluaran (C'Tella) sesuai dikacau bersama madu lebah asli atau kurang asli (asalkan terasa manis madu) juga sesuai dikacau bersama gula perang tapi bukan gula putih.



Kalau ingin lebih berkesan, haaa minum sahaja begitu tanpa campuran apa-apa pemanis baru terasa kenikmatan herbanya. Setelah aku rendam uncang teh dapati air tidaklah berubah warnanya seperti mana kita ketahui teh-teh biasa yang pasti akan berubah menjadi warna karat.



Pada pendapat aku , dari nikmati kopi yang belasan ringgit tu dengan tidak tahu adakah ia mempunyai khasiat seperti herba. Lebih baik anda berubah dan mengamalkan minuman herba atau makan ulaman haaa barulah awet muda.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)