Dunia

Knightvpn Menawarkan VPN Percuma Sebanyak 1GB Setiap Bulan




Promosi VPN Percuma Dari Knightvpn 1GB Setiap Bulan, Daftar Sekarang Sebelum Promosi Tamat!




Mungkin sudah ramai yang tahu apa fungsi dan kegunaan servis vpn pada zaman kini, jadi bagi yang belum ketahui aku akan beritahu sedikit sebanyak mengenainya. Virtual Private Network (VPN) adalah terowong internet dimana kerjanya untuk menjaga keamanan data pengguna ketika melayari internet akan tetapi boleh dikatakan bukan semua syarikat vpn yang menepati citarasa maksudnya mereka masih menyimpan log data anda atas tujuan tertentu. Ada juga kegunaan lain berkaitan vpn iaitu mengakses laman web yang telah disekat oleh kerajaan atau melayari laman web dari luar negara contoh seperti netflix , hulu dan lain-lain




Dengan VPN ini kita seolah-olah membuat jaringan didalam jaringan atau biasa disebut tunnel (terowong). Tunneling adalah salah suatu cara membuat private internet dengan menggunakan infrastruktur pihak ketiga. VPN menggunakan salah satu dari tiga teknologi tunneling yang ada iaitu: PPTP, L2TP dan standart terbaru, Internet Protocol Security (biasa disingkat menjadi IPSec) dan lain-lain. Sebenarnya banyak fungsi dan kegunaan vpn ini terutamanya sepertimana yang dikatakan diatas iaitu lebih pada melepasi sekatan laman web , menjaga keamanan data pengguna dan juga mampu melakukan remote dari komputer ke komputer bergantung pada keperluan.




Knightvpn Keluaran Bumiputra




Harga knightvpn adalah sekitar RM25 sebulan bagi akaun basic manakala bagi akaun premium harga sekitar RM51 sebulan bagi yang baru nak mencuba, knightvpn juga menyediakan akaun demo untuk anda. Kelajuan jangan risau memang sangat berpuasti tapi harus ingat walaupun adanya vpn kelajuan internet tetap bergantung pada internet anda, dulu mungkin ada mitos atau teknik lepasi kuota dan sebagainya tapi itu semuanya adalah teknik dan kepakaran individu bagaimana ia mampu melepasi, salah satu servis vpn adalah hanya membantu melepasi sekatan website dengan kelajuan internet yang sama sekaligus menjaga log data pengguna.




Oleh kerana knightvpn membuat kenyataan di pages pada ogos 2017 mereka dengan baik hatinya memberi promosi kuota vpn percuma sebanyak 1GB setiap bulan bagi akaun-akaun percuma yang belum ada melakukan pembelian, jadi aku pun rasa ia agak berbaloi untuk dicuba oleh orang ramai kerana kelajuan vpn memang agak memuaskan #lajukawkaw dan berbaloi. Jadi bila dah berbaloi-baloi tunggu apa lagi kasi hentamlah beli pakej basic atau pakej premium baru cenggini haaa.





Promosi Percuma 1GB Setiap Bulan, Knighvpn




Menariknya knightvpn juga menyediakan gui atau installer untuk pengguna windows manakala untuk pengguna linux atau android juga disediakan file .ovpn menarik bukan ? oh lupa, buat masa ini knightvpn ada membuat affiliate untuk para bloger tapi yang pasti mereka mungkin memerlukan seller, itu pun tidak tahu masih ada kekosongan atau tidak.




**Ini sedikit sebanyak keperluan bagi pengguna linux ubuntu jikalau ada yang masih tercari-cari bagaimana ingin guna pakai file .ovpn di gnome. Anda perlu install openvpn dan network manager dengan menjalan perintah dibawah menggunakan terminal.




#1 - sudo apt-get install openvpn



#2 - sudo apt-get install network-manager-openvpn-gnome



Daftar dan nikmati vpn dengan kelajuan maksima - Rigister Knightvpn!



Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)