Dunia

AIM Bakal Dihentikan Operasi Pada Disember

AOL Instant Mesenger akan dihentikan operasi pada 15 disember ini atas sebab-sebab tertentu, pada hari ini juga sudah munculnya pelbagai program sembang sama ada mengguna telefon pintar atau pun komputer.

[caption id="attachment_339" align="alignnone" width="300"](Photo by Justin Sullivan/Getty Images)[/caption]

Dibina pada tahun 1997, sejak sekian lama AIM bersaingan dengan mesej teks seperti yang kita lihat sekarang, Google Chat, Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat dan seterusnya.

Tetapi pada ketinggiannya, AIM, seperti yang diketahui, berkhidmat sebagai pusat sosial untuk remaja dan orang dewasa , juga pada ketika ia kelihatan seperti sangat canggih dengan membolehkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain.

Program sembang AIM ketika itu juga adalah sering digunakan oleh pelajar yang mempunyai perasaan malu untuk berbual, jadi dengan adanya AIM pada ketika itu mereka lebih senang berbual menggunakan program AIM di rumah masing-masing selama mana yang dimahukan.

Walaupun program sembang lama seperti AIM juga Internet Relay Chat (biasanya dikenali sebagai IRC), tawaran perkhidmatan AOL tiba semasa internet mula tersebar di rumah-rumah dengan pemasangan modem dail 56k ketika zaman itu.

Ia turut memberi laluan kepada sambungan DSL dan kabel, AIM menegaskan dirinya sebagai perkhidmatan yang terungul pada masa itu.

Tapi bukan pada hari ini, kerana kini sudah mempunyai pelbagai program untuk berinteraksi sehingga pengguna pada hari ini pun tidak pasti ingin menggunakan saluran yang mana.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)