Dunia

Sarapan Seperti Raja, Makan Siang Hari Seperti Putera

Sarapan seperti raja, tengah hari seperti putera, makan malam seperti pengemis.

Ayat diatas bukanlah suatu penghinaan tetapi ia memberi gambaran kuantiti makanan harian kita, dimana kita tahu manusia pada hari ini tidak lagi berhati-hati ketika memilih kandungan makanan.

dtbn.com.my


Asalkan ada keinginan, terus sahaja makan dan makan sehingga tidak kenal lagi waktu sama ada siang mahupun di malam hari.

Pakar-pakar mengatakan makan diwaktu malam amatlah tidak baik untuk kesihatan dan jika tidak dikawal ia akan memudaratkan berat badan seseorang.

Oleh kerana itu munculnya ayat berbunyi sarapan seperti raja bermaksud diwaktu pagi harus makan dengan kadar yang banyak manakala disiang hari pula makan secara sederhana dan malam hari pula makan sikit sahaja atau pun sekadar lapik perut dengan air.

Makan lewat malam adalah tidak baik untuk metabolisme dan pembakaran lemak, kata penyelidik Thomas Samson Dr Hana Kahleova, dan untuk mengekalkan berat badan orang ramai harus makan sarapan pagi dan makan tengah hari.

"Makan sarapan pagi yang besar mengurangkan keinginan lapar, terutama untuk gula dan lemak sehingga menimbulkan penambahan berat badan," kata Dr Kahleova.

"Sebaliknya, makanan di waktu malam umumnya mempunyai kesan yang bertentangan, yang semuanya menjejaskan berat badan."

Kajian beliau diterbitkan dalam Journal of Nutrition sumber - Telegraph

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)