Walaupun belanda ketika dahulu dikenali sebagai penjajah di malaysia tapi hari ini Menteri Perdangan berkata belanda boleh dikatakan pelabur terbesar di malaysia dalam masa sama memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
Belanda adalah negara pelabur dari Eropah kedua tertinggi di Malaysia selepas Jerman dengan sejumlah 249 projek dilaksanakan pada tahun lalu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM21.6 bilion.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara projek yang dibangunkan itu membabitkan sektor utama seperti elektronik dan elektrikal (E&E), pengeluaran makanan dan perkakasan saintifik.
Beliau berkata, setakat ini terdapat 150 syarikat Belanda yang beroperasi di Malaysia dan ia termasuk Shell, Dutch Lady, Vopak dan NXP Semiconductor.
“Malah, Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global bernilai RM2.6 bilion yang ditubuhkan Shell di Kuala Lumpur menyediakan sebanyak 1,700 peluang pekerjaan, di samping beberapa syarikat Belanda lain yang turut memilih Malaysia sebagai hab pertumbuhan serantau termasuklah Benchmark Electronics, Mylaps BV dan Kraton Polymers.
Rujukan - Utusan
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

Catat Ulasan