Dunia

Thailand Melarang Merokok Di Kawasan Pantai Atas Faktor Kebersihan

Thailand membuat larangan merokok bagi pelancong dan rakyat tempatan semasa berkunjung ke kawasan pantai yang berada di negaranya.

Manakala sesiapa yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan hukuman penjara selama satu tahun atau denda wang tunai.

Memetik dari laman BBC, larangan tersebut bertujuan untuk menjaga kebersihan udara dan alam sekitar di seluruh pantai Negeri Gajah Putih, termasuk kawasan Phuket yang menjadi tujuan pelancong yang terkenal.

Larangan ini mula setelah jabatan laut (DMCR) menemukan puluhan ribu puntung rokok berselerak di pasir pantai.

Ketua DMCR, Jatuporn Buruspat mengatakan bahawa hingga saat ini pihaknya telah menemukan 138 ribu puntung rokok di sepanjang 2.5 kilometer Pantai Patong, Phuket.

Untuk pantai-pantai kecil masih dibenarkan untuk merokok, tetapi harus membuang putung rokok pada tempatnya.

Berdasarkan laporan dari media tempatan, larangan tersebut akan mulai berlaku pada November 2017.

Untuk larangan pertama akan berlaku di pantai yang ada pontensi pelancongan seperti Phuket, Prachuap Khiri Khan, Chon Buri, Songkhla.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)