Google sedang menguji keupayaan untuk menambah perkhidmatan emel lain ke dalam aplikasi Gmail khas untuk iOS.
Jika berjaya diaktifkan aplikasi ini akan turut bersaing dengan aplikasi sedia ada keluaran Apple turut bersama dengan aplikasi emel yang lain.
Tujuan google adalah untuk menjimatkan ruang pada peranti pengguna dalam masa sama ia turut dapat memudahkan pengguna untuk memeriksa emel dalam satu aplikasi.
Gmail juga telah menawarkan pilihan pada pengguna untuk menambahkan akaun dari pihak ketiga pada peranti android untuk sementara waktu.
Memandangkan gmail adalah aplikasi wajib pada peranti android lalu ia ingin menambahkan lagi pilihan untuk mengakses ke emel dari pihak ketiga seperti yahoo, aol dan lain-lain.
Kelihatan seperti tiada fungsi kerana pada hari ini masih ramai pengguna telefon pintar yang tidak memeriksa emel.
Oleh kerana projek ini masih dalam sesi ujicuba, google memohon pengguna iOS untuk turut serta dalam ujian versi beta.

Catat Ulasan