Dunia

Menggunakan Aplikasi Youtube Sambil Melakukan Perkara Lain

Pengguna android sudah pasti ada yang teringin untuk memainkan muzik di youtube sambil melakukan perkara lain seperti membalas whatsapp dan lain-lain, tetapi apa yang terjadi adalah aplikasi youtube sehingga kini tidak mempunyai ciri dimainkan secara latar belakang.

Maka muncul dengan pelbagai aplikasi muzik yang menawarkan pelbagai ciri menarik untuk membolehkan pengguna menguasai android iaitu menjadikan aplikasi muzik atas talian sebagai latar belakang.

Bermakna pengguna android boleh melakukan perkara lain sambil melayani muzik pilihan, walaupun ada pelbagai jenama yang menawarkan perkhidmatan muzik atas talian.

Aplikasi youtube tetap menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari lagu, video dan pelbagai lagi. Mungkin anda pernah lalui dimana ketika sibuk melayari aplikasi youtube tiba-tiba rakan menghantar pesanan emel jadi mahu atau tidak kita terpaksa membuka pesanan itu dan membiarkan aplikasi youtube dimatikan.

Pada artikel ini akan memberi teknik bagaimana untuk kekal melayari youtube di peranti android dan iOS secara latar belakang sambil melakukan perkara lain.

ANDROID
1. Layari www.youtube.com menggunakan pelayar Chrome.
2. Tekan titik 3 menu diatas sebelah kanan.
3. Didalam menu tersebut cari 'Request desktop site' lalu tanda.
4. Setelah itu mainkan muzik pilihan anda.
5. Tekan butang home dan tarik menu diatas lalu tekan butang 'play'.

iOS
1. Muat turun pelayar Dolphine.
2. Layari www.youtube.com menggunakan pelayar Dolphine.
3. Mainkan pilihan muzik anda dari youtube.
4. Setelah itu keluar dan terus pergi iOS control center untuk memainkan semula muzik dari dolphine itu.

Muzik pilihan anda akan dimainkan secara latar belakang dan kini kita sudah boleh melakukan perkara lain di android/iOS sambil mendengari muzik dari youtube secara langsung.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)