Maharaja Akihito akan turun takhta pada akhir Mac 2019 dan Putera Mahkota Naruhito dijangka mewarisinya pada April, langkah pertama dilakukan monarki Jepun dalam masa dua abad, lapor akhbar Asahi hari ini.
Kerajaan berada pada tahap akhir memuktamadkan tarikh, lapor Asahi, memetik beberapa sumber.
Ahikito, 83, yang pernah menjalani pembedahan jantung dan rawatan barah prostat, berkata dalam kenyataan umum yang jarang dilakukan tahun lalu bahawa beliau bimbang sukar untuk meneruskan tugasnya.
Beliau akan digantikan dengan Naruhito, 57, dan era baru akan bermula pada 1 April, lapor Asahi.
Tarikh jangkaan akan meminimumkan kesan ke atas rakyat dalam perubahan kepada pemerintah diraja baru dari Era Heisei, yang bermula pada 1989 selepas kematian bapa Akihito, Hirohito.
Sumber - BH
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

Catat Ulasan