Pizza Hut Malaysia telah melancarkan kedai konsep digital yang baru diperbaharui di Sunway Pyramid. Jurucakap dari Pizza Hut berkata, kedua-dua inisiatif ini mendorong Pizza Hut ke hadapan dalam transformasi digitalnya, misi jenama itu untuk menjadikannya "mudah", untuk mendapatkan pizza yang hebat dan menyediakan pengalaman yang "lebih baik" untuk pelanggan.
Mengenai kedai konsep digital baru, jurucakap Pizza Hut berkata para pelanggan akan dapat pengalaman digital yang sepenuhnya baru dari saat mereka menjejakkan kaki di restoran, sehingga saat mereka keluar. Di dalam kedai konsep digital yang baru dilancarkan, semua pelayan Pizza Hut juga dilengkapi dengan tablet untuk pesanan yang lebih pantas dan tepat kepada dapur.
Kedai baru itu juga merupakan Pizza Hut pertama di Asia Pasifik untuk menampilkan Kios Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan sekaligus memudahkan untuk membuat pembayaran serta meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa dari menunggu untuk membuat pesanan.
Bercakap pada majlis pelancaran itu, ketua pegawai eksekutif QSR Brands Merrill Pereyra berkata, "Apabila melihat pelaksanaan teknologi digital ke dalam kedai konsep digital kami. Bagaimanakah kita dapat membuat keseluruhan pengalaman lebih mudah dan lebih baik untuk pelanggan? Itulah sebabnya kami telah melaksanakan beberapa penyelesaian, salah satunya ialah Kios Digital.
Kerana pelanggan memberitahu kami bahawa mereka mahu memesan dan menyelesaikan pembayaran mereka dengan lebih cepat, supaya mereka dapat lebih cepat menikmati pizza yang lazat. Dengan cara ini kami melakukan pelaburan untuk menambahbaik perkhidmatan pesanan menggunakan digital.
"Dalam industri kami, pengalaman pelanggan adalah kunci," katanya, digital bukan sekadar soal menggunakan teknologi tetapi ia membuat pengalaman pelanggan lebih baik.
Inilah sebabnya, kata Pereyra, Pizza Hut memulakan perjalanan transformasi digital, bermula dengan revolusi laman webnya seterusnya aplikasi mudah alih dan terkini kedai konsep digital yang pertama.

Catat Ulasan